Wednesday, 15 July 2015

Syawal Menjelang...


Bismilahhirohmanirahim ,

Assalamualaikum....

Sedih dan pilu rasanya kerana ramadhan telah berakhir dan syawal menjelang...

Hadits Rasulullah Saw yang dituturkan Ibn Mas’ud ra: 

“Sekiranya umatku mengetahui kebajikan-kebajikan yang dikandung bulan Ramadhan, niscaya umatku mengharapkan Ramadhan terus ada "sepanjang tahun ” 
(HR. Abu Ya’la, ath-Thabrani, dan ad-Dailami).

So arini ramailah yang nak balik kampung masing-masing ,jalan semua jem sebab banyak sangat kereta so berhati-hatilah ye,tapi aku masih bekerja dan menjalankan tugas walaupun kawan-kawan suma dah balik kampung huhuh,this year aku dan family raya kat sini je,..haha sebab isteri aku kene bertugas masa raya pertama sampaila ke raya keempat so kite orang dah macam raya ala- perantauan gitu hahaha...tp takpela itulah yang dinamakan pengorbanan hehehe so far ok la lagipun ini raya pertama bagi anakku AISYAH HUMAIRA ,so kita orang excited skit buat persiapan untuk anak dulu,sampai abi n umi dia pun beli last minit hahaha,..sebab tahun-tahun lepas seminggu sebelum raya kite orang dah buat persiapan siap dengan deco-deco rumah lagi...heheh ,tapi apa-apa pun alhamdulilah ini tahun pertama beraya dengan adanya anak dan ini kali pertama kita orang dapat raya kat rumah sendiri syukur alhamdulilah..

Macam biasa la persiapan sebelum nak raya kan suma benda nak dibelinya sebab time-time ni la barang baju murah-murah pandai betul peniaga tapi kene ingat juga gaji dah masuk awal lepas ini nak mengadap 25 hari tanpa bergaji huhuh,Ya Allah kuatkanlah semangat hambamu ini untuk menyimpan duit agar tidak tersekat dan tersedak di tengah bulan..,:)walau macam mana sekalipun jangan membazir dalam Quran pun ada sebut :- 

                               إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا 


Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." [Surah al-Israa : 27]
so kita suma kene jaga-jaga la jangan sampai jadi sedara syaitan nauzubilah,
kadang-kadang aku terfikir jugak hari raya yang kite sambut tiap-tiap tahun ini pun kena jaga-jaga jugak,sebab bila sampai hari raya waktu tu la semua benda kita nak tunjuk dan nak minta orang cakap 'eh2 cantiknye bekas kuih ni" ,"eh2 cantiknya langsir ni" ,bila orang sebut macam dengan secara tidak langsung kita akan jadi riak dan bangga siap kembang-kembang hidung lagi,dan kerana itulah niat kita menjemput orang datang rumah sebab apa ?cuba tanya diri kita ,adakah kita nak mengharapkan pujian tetamu pada kita?so kalau ada macam itu kena hati-hati sebab elok-elok dapat pahala nanti dapat dosa pulak kan rugi puasa sebulan...


 Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya syurga itu berbicara, katanya: 'Aku ini haram bagi setiap orang yang bakhil, riak, pengadu domba dan pendengki."

nanti kita sambung lagi untuk cerita seterusnya wasalam.....:)




No comments:

Post a Comment